TARIKH : 2 NOVEMBER 2019
HARI : SABTU
MASA : 7.00 PAGI - 7.30 PETANG
TEMPAT : GOLD COAST MORIB INTERNATIONAL RESORT, SELANGOR
MATLAMAT HARI KELUARGA
Program ini diharapkan dapat membantu pelajar berkeperluan khas dalam membentuk semangat jati diri yang kukuh selain membentuk konsep kendiri yang positif dalam kehidupan seharian. pada masa yang sama juga dapat memberi persekitaran pembbelajaran yang baru kepada pelajar terutama dalam proses bersosialisasi dengan masyarakat sekeliling mereka.
- menjadi satu pembelajaran di luar bilik darjah yang menarik minat murid-murid PPKI dalam mengembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dalam diri mereka.
- menambah pengetahuan guru-guru dan murid-murid PPKI dengan pelaksanaan program PPKI.
- mematuhi peraturan dan arahan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti luar.
OBJEKTIF
- dapat merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar dengan guru dan guru dengan ibu bapa.
- dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid Pendidikan Khas membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.
- dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.
- memberi inspirasi kepada murid-murid dan guru pendidikan khas dalam merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif dalam kemahiran yang diajar.
No comments:
Post a Comment