Tuesday, March 17, 2020

EKSPIDISI EKO RIMBA,JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI SMK TAMAN YARL 2019

                                  
                                                  

EKSPIDISI EKO RIMBA,JAMUAN AKHIR TAHUN DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI SMK TAMAN YARL 2019

PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SMK Taman Yarl telah bercadang untuk mengadakan Ekspidisi di Taman Botani Negara, Shah Alam Selangor. Program ini merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.Tambahan lagi, Warga PPKI bercadang untuk mengadakan Jamuan Akhir Tahun serta Sambutan Hari Lahir. Sambutan Hari Lahir merupakan satu program yang terkandung dalam amalan guru penyayang dan disarankan oleh KPM

MATLAMAT

Matlamat lawatan kokurikulum ini adalah :

1.1    Memberi peluang kepada murid-murid PPKI melihat persekitaran di luar bilik darjah.
1.2    Memberi peluang berharga di mana murid-murid PPKI ini dapat, merasa pengalaman dan seterusnya menjadi kenangan yang berharga di alam persekolahannya.
1.3    Menjadi satu pembelajaran di luar bilik darjah yang dapat menarik minat murid-murid PPKI dalam mengembangkan kognitif mereka.
1.4    Menambah pengetahuan guru-guru dan murid-murid PPKI tentang suasana dan aktiviti –aktiviti yang dijalankan di tempat yang dilawati.


TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh   : 31 Oktober 2019
Hari       : Khamis
Masa     : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Taman Botani Negara Dan Mios Kitchen Shah Alam.


 


JAMUAN AKHIR TAHUN DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR 
PPKI SMK TAMAN YARL 2019



                                                     
 
EKSPEDISI EKO RIMBA PPKI SMK TAMAN YARL 2019



No comments: