Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Taman Yarl...
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Taman Yarl mula dibuka pada tahun 2007. Program yang dikenali sebagai Program Integrasi Pendidikan Khas di sekolah ini merupakan program yang dibuka di sekolah harian biasa yang mempunyai kelas pendidikan khas yang diubahsuai. Program yang ditawarkan ialah kategori bermasalah pembelajaran tahap menengah. Sebagai permulaan, dua buah kelas telah dibuka iaitu PKY dan PKA. Seramai 3 orang guru pendidikan khas yang terlatih dalam bidang pendidikan khas iaitu Encik Abdul Rahman Bin Mohd Darus, Encik Azmi Bin Miskah dan Puan Fong Chew Hoon. Mereka ini menjadi penggerak kepada program pendidikan khas di SMK Taman Yarl. Murid pula seramai orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masalah pembelajaran. Walaupun fasiliti dan sumber kewangan agak terbatas, adalah diharapkan program yang akan dibuka akan berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak khususnya Unit Pendidikan Khas JPWP, pentadbir SMK Taman Yarl dan ibu bapa pelajar.
Kurikulum Pendidikan Khas
Selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 yang membenarkan pengubahsuaian kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pembelajaran dibentuk berdasarkan pengalaman pembelajaran melalui empat bidang yang utama iaitu Bidang Pengurusan Kehidupan, Bidang Akademik Berfungsi, Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni dan Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti.
No comments:
Post a Comment