Tuesday, April 16, 2019

SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA



APA ITU AUTISME??





Autisme merupakan masalah perkembangan kompleks atau ketidakupayaan seseorang individu iaitu kecelaruan neurologi sehingga menjejaskan kefungsian otak dalam aspek-aspek kognitif, tingkah laku, kemahiran motor kasar dan motor halus, bahasa dan komunikasi, serta sosial dan emosi. Pada kebiasaannya, interaksi sosial seorang kanak-kanak autisme akan terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.

PUNCA-PUNCA AUTISME


Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan untuk mencari punca sebenar autisme. Antara punca yang dikatakan ialah autisme disebabkan faktor genetik. Pengaruh genentik menunjukkan adik-beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain. Terdapat juga faktor sebelum dan selepas kelahiran. Pengambilan ubat-ubatan penenang ketika ibu hamil serta jangkitan sesuatu virus ketika ibu hamil juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanak-kanak autisme.

Kanak-kanak yang mengalami kelemasan ketika dilahirkan dan kanak-kanak yang menghidap penyakit ensefalitis atau lembam otak, keracunan makanan dan bengkak cantik atau beguk juga merupakan antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan bayi yang dikandung mengalami autisme.

Selain itu, faktor persekitaran seperti pencemaran dan pembuangan sisa toksin juga boleh menyebabkan seseorang individu mengalami autisme. Dari segi fungsi otak pula, ketidakfungsian serebelum, sistem limbik dan kemungkinan juga lobus temporal dan korteks terjadi kepada individu autisme. Sesetengah murid-murid pekak, murid-murid yang menghidap penyakit baka seperti fenilketonuria, sklerosis tuberus, sindrom Fragile X, sindrom Asperger, sindrom Landau-Kleffner, sindrom Rett dan sindrom Williams juga dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme.

CIRI-CIRI MURID AUTISME

  • Perkembangan motor yang lambat
  • Mahukan perhatian yang berlebihan
  • Kurang pergerakan
  • Perbuatan yang berulang-ulang
  • Tiada 'baby talk' ketika bayi
  • Tidak memberi respon ketika dipanggil
  • Tiada 'eye contact'
  • Kurang senyum
  • Tidak fleksibel kepada persekitaran dan aktiviti harian





SAMBUTAN HARI AUTISME PERINGKAT SEKOLAH
SMK TAMAN YARL KUALA LUMPUR