Tuesday, June 18, 2019

PROGRAM IHYA' RAMADAN PPKI SMK TAMAN YARL TAHUN 1440H/2019




Program Ihya' Ramadan PPKI SMK Taman Yarl telah dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Taman Yarl, Kuala Lumpur buat julung kalinya pada tahun ini. Program yang dijalankan pada pertengahan bulan ramadan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pengertian bulan Ramadan dan amalan-amalan yang baik yang perlu di lakukan ketika menjalani ibadah puasa. Semoga program ini dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah (JERIS) pada masa hadapan.


OBJEKTIF

  • Memupuk nilai murni dalam kehidupan beragama dalam kepelbagaian agama di negara ini.
  • Menyambut bulan Ramadan dengan program yang tersusun bagi membina sahsiah semua murid.
  • Mewujudkan budaya cintakan agama kepada warga sekolah.
  • Menyemai dan mendedahkan kepada murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan melakukan amalan baik dan mulia khasnya dalam bulan Ramadan.




TARIKH : 21 MEI 2019 & 23 MEI 2019 (16 Ramadan 1440H & 18 Ramadan 1440H)
HARI : SELASA & KHAMIS
MASA : 10.00 PAGI - 1.00 TENGAH HARI
TEMPAT : SMK TAMAN YARL, KUALA LUMPUR